Tentang TalentsMY

Rakan kempen affiliate TikTok untuk jenama anda

Pengurusan Kempen Affiliate TikTok

TalentsMY membantu jenama mempromosikan produk di TikTok Shop melalui kempen affiliate. Kami menyelaras kempen bersama rangkaian lebih 1,000 affiliate TikTok. Setiap affiliate menghasilkan dua video untuk satu produk yang dipersetujui. Kami menyediakan panduan kandungan untuk kelulusan anda, memantau penghantaran video dan menyediakan laporan akhir. Penghasilan video mengambil masa 7 hingga 14 hari bekerja selepas semua affiliate menerima sampel produk. Laporan disediakan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas semua video siap.

Cara kami bekerjasama

Kempen dengan deliverables yang jelas

Skop dan hasil kerja

Kami sahkan skop kempen dan maklumat produk bersama anda. Anda menyediakan satu sampel produk untuk setiap affiliate serta mengatur penghantaran ke alamat yang diberikan. Selepas sampel diterima, kami sediakan panduan kandungan untuk semakan dan kelulusan anda. Affiliate menghasilkan dua video promosi untuk satu produk, mengikut gaya masing-masing dalam panduan yang dipersetujui.

Tempoh dan laporan

Video disiapkan dalam 7 hingga 14 hari bekerja selepas semua affiliate menerima sampel. Laporan akhir disediakan dalam masa 7 hari bekerja selepas semua video siap. Jadual bergantung pada penghantaran sampel dan kelulusan panduan kandungan.

Jangkaan yang jelas

Kami mengurus deliverables yang dipersetujui. Jumlah jualan atau pulangan pelaburan tidak dijamin kerana hasil turut dipengaruhi produk, harga, permintaan dan agihan platform.

TalentsMY bantu jenama bekerjasama dengan affiliate TikTok untuk menghasilkan kandungan produk, meningkatkan kesedaran dan menyelaras kempen.

Hubungi Kami

[email protected]

+60135229966

Park Place 1, Cybersouth, 48000 Sepang.

TikTok & social media: @talentsmy

© 2026 TalentsMY. All rights reserved.